Search This Blog

All-Battery.com Free Shipping Code Use Coupon Code: tenergy2008 Expires: 12/31/10 Minimum $75.00 purchase required.

Monday, January 17, 2011

Mayat pramugari MAS dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR: Mayat pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Chin Swee Len, yang ditemui di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam, akan dibawa pulang ke tanah air esok dengan pesawat MAS. Jurucakap Wisma Putra berkata, mayat mendiang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7 pagi Rabu. "Kami tidak boleh memberikan sebarang komen lain buat masa ini bagi menghormati permintaan keluarga mangsa yang tidak mahu diganggu pihak media," katanya. Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, pula berkata polis negara itu menyerahkan mayat Chin, 34, kepada suami mendiang dan abangnya untuk dibawa pulang setelah siasatan kes itu selesai. Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tidak ada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa. "Punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi. Ia adalah satu kes yang jelas, namun polis Amsterdam tidak menyatakan sama ada ia kes bunuh diri atau suatu kemalangan. "Justeru, kematian mangsa tidak ada pembabitan pihak lain serta tidak wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada polis Amsterdam berhubung kes berkenaan dan bersedia membantu pihak berkuasa negara itu jika diminta. Dalam kejadian Jumaat lalu, Chin yang berasal dari Taman Oakland, Seremban, ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam oleh pelanggan hotel pada 9 pagi. Mangsa sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan MH17 pada hari dia ditemui mati. Source - BERNAMA, Berita Harian,17/1/11

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat

“Bicara kali ini tentang batas aurat, Terutama sekali bagi muslimat, Kerana kelihatan dalam masyarakat, Dibuang Islam dijauhi adat. Yang kelihatan pada remaja, Batas aurat tidak diambilkira, Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga, Tanpa malu, silu dan dosa Tudung nipis terbayang rambut, Atau rambut terjulur kerana singkat, Kain dililit kepala pakai ikat, Jambul tertonjol rasa hebat. T-shirt menjadi kegemaran, Nampak ketiak tiada lengan, Bulu roma jelas kelihatan, Parut dan tahi lalat bertebaran. Baju sendat tertonjol dada, Sepatutnya dilabuh berlaku tiada, Lelaki melihat menempa dosa, Menjadi fasiq mudah sahaja. Seluar ketat menjadi pakaian, Tak beza lelaki dan perempuan, Terutama jeans pudar jadi pilihan, Sarung nangka pun boleh tahan Apa jadi dengan remaja, Islam namanya, iman tiada, Perintah Tuhan buat bersahaja, Larangan Allah buat selamba, Allah murka Syaitan senang, Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’ Ada baju tak cukup benang, dihumban ke neraka cukup malang. Saya hanya boleh menasihat, Kepada remaja dan muslimat, Ikut Islam akan selamat Ikut syaitan akan dilaknat. SOURCE-April 17, 2008 by nuraiman

Daily Game Jan 17 - Mecharon 2: Survival

Use your mecharon to defend your base through increasingly tougher waves.

Mecharon 2: Survival is powered by dailygame.org
 
Search Public Records - FREE Preview Search.