Search This Blog

All-Battery.com Free Shipping Code Use Coupon Code: tenergy2008 Expires: 12/31/10 Minimum $75.00 purchase required.

Monday, January 17, 2011

Mayat pramugari MAS dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR: Mayat pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Chin Swee Len, yang ditemui di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam, akan dibawa pulang ke tanah air esok dengan pesawat MAS. Jurucakap Wisma Putra berkata, mayat mendiang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7 pagi Rabu. "Kami tidak boleh memberikan sebarang komen lain buat masa ini bagi menghormati permintaan keluarga mangsa yang tidak mahu diganggu pihak media," katanya. Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, pula berkata polis negara itu menyerahkan mayat Chin, 34, kepada suami mendiang dan abangnya untuk dibawa pulang setelah siasatan kes itu selesai. Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tidak ada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa. "Punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi. Ia adalah satu kes yang jelas, namun polis Amsterdam tidak menyatakan sama ada ia kes bunuh diri atau suatu kemalangan. "Justeru, kematian mangsa tidak ada pembabitan pihak lain serta tidak wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada polis Amsterdam berhubung kes berkenaan dan bersedia membantu pihak berkuasa negara itu jika diminta. Dalam kejadian Jumaat lalu, Chin yang berasal dari Taman Oakland, Seremban, ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam oleh pelanggan hotel pada 9 pagi. Mangsa sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan MH17 pada hari dia ditemui mati. Source - BERNAMA, Berita Harian,17/1/11

No comments:

Post a Comment

 
Search Public Records - FREE Preview Search.