Search This Blog

All-Battery.com Free Shipping Code Use Coupon Code: tenergy2008 Expires: 12/31/10 Minimum $75.00 purchase required.

Saturday, January 15, 2011

TV Al-Hijrah – TV siaran terbaru




Siapa pernah dengar pasal TV Al-Hijrah??

TV Alhijrah menemui penonton buat julung kalinya di kaca televisyen melalui siaran ujian. TV Alhijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.
Aku pernah dengar, tapi masih belum menonton nya…. sebab kat rumah aku tak ada ariel la…
Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton seperti berikut :

■Hari Isnin hingga Khamis bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam
■Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam.

UHF Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

So, sape-sape yang xpenah or belom tegok..cepat-cepat la set tukar ...BARU PUNYAAA~~~

No comments:

Post a Comment

 
Search Public Records - FREE Preview Search.