Search This Blog

All-Battery.com Free Shipping Code Use Coupon Code: tenergy2008 Expires: 12/31/10 Minimum $75.00 purchase required.

Tuesday, January 18, 2011

35 PELAJAR CEDERA-BAS TERBABAS MASUK LONGKANG

Seramai 35 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau termasuk dua pelajar politeknik cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 334.1, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi semalam. Kejadian berlaku jam 4.15 pagi ketika bas yang membawa pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke Arau, Perlis selepas menghadiri Program Usahawan Pintar 'Majlis Sinaran 2011' anjuran Koperasi Shamelin Bhd di Dewan MCA Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata enam pelajar cedera yang memerlukan rawatan susulan, manakala 29 yang lain hanya calar di tangan. Katanya, semua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Tapah (HT). “Bas yang disewa khas oleh penuntut terbabit menggunakan dua pemandu bas dan hasil pemeriksaan pemandunya memiliki lesen memandu sah. Kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan polis masih menyiasat punca kejadian. “Rombongan berkenaan difahamkan adalah anjuran penuntut dan tidak ada kena mengena dengan pihak UiTM," katanya di sini, semalam. Roslan berkata, bas itu membawa 35 penumpang iaitu 31 pelajar wanita dan seorang pelajar lelaki UiTM Arau; seorang pelajar wanita Politeknik Jitra, Kedah; seorang pelajar Politeknik Kangar, Perlis serta seorang lelaki penumpang awam. Sementara itu, seorang mangsa yang cedera, Aliza Fazni, 19, berkata dia terjaga daripada tidur selepas dia terhempas ke kerusi menyebabkan tangan kanannya terseliuh. "Apabila terjaga, saya dapati bas nyaris terbalik dan penumpang sedang keluar daripada bas. Dalam keadaan terpinga-pinga, saya keluar dan ketika itu baru nampak keadaan bas terbabas dan hampir terbalik," katanya yang juga pelajar UiTM Arau. SOURCE-Berita harian, 18 Januari 2011

No comments:

Post a Comment

 
Search Public Records - FREE Preview Search.