Search This Blog

All-Battery.com Free Shipping Code Use Coupon Code: tenergy2008 Expires: 12/31/10 Minimum $75.00 purchase required.

Wednesday, January 19, 2011

Jawatan KoSong Kerajaan 2011 update 20/1/2011

Jawatan Terkini Kesihatan Malaysia 2011 Vagancies at Lembaga Promosi Kesihatan malaysia, Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Vacancies Bank Rakyat Kuala Lumpur 2011 A career with Bank Rakyat not only allows a candidate the opportunity to be exposed to the banking industry but also to work with an organisation that is totally committed in developing the country’s Islamic Banking industry, as one of the most advanced Islamic Banking System in the world. As Bank Rakyat continues to grow at a rapid pace, we thrive to have a professional and talented team. When it comes to building your career, Bank Rakyat offers excellent career path and opportunities as well as attractive remuneration packages. 


Vagancies 2011 – Maxis Berhad communications services Maxis Berhad with its consolidated subsidiaries (together, ‘Maxis’) is the leading integrated communications provider in Malaysia with 12.97 million mobile subscriptions as of 30 June 2010. Since 1995, Maxis’ Malaysian business has been providing a full suite of communication services on multiple platforms to satisfy the needs of individual consumers, small and medium enterprises, and large corporations in Malaysia. 


Jawatan Terkini Majlis Daerah Kuala Selangor Permohonan adalah dipelawa dariapada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut:

Further read an online application-CLICK HERE

Daily Game Jan 19 - Robot Clashes

In this strategy game you have to buy and upgrade your gear, and then drop it for your robots to pick up and use.

Robot Clashes is powered by dailygame.org

Tuesday, January 18, 2011

Pelajar Hilang`dibunuh kejam

Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini. Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini. Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam.



35 PELAJAR CEDERA-BAS TERBABAS MASUK LONGKANG

Seramai 35 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau termasuk dua pelajar politeknik cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 334.1, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi semalam. Kejadian berlaku jam 4.15 pagi ketika bas yang membawa pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke Arau, Perlis selepas menghadiri Program Usahawan Pintar 'Majlis Sinaran 2011' anjuran Koperasi Shamelin Bhd di Dewan MCA Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata enam pelajar cedera yang memerlukan rawatan susulan, manakala 29 yang lain hanya calar di tangan. Katanya, semua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Tapah (HT). “Bas yang disewa khas oleh penuntut terbabit menggunakan dua pemandu bas dan hasil pemeriksaan pemandunya memiliki lesen memandu sah. Kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan polis masih menyiasat punca kejadian. “Rombongan berkenaan difahamkan adalah anjuran penuntut dan tidak ada kena mengena dengan pihak UiTM," katanya di sini, semalam. Roslan berkata, bas itu membawa 35 penumpang iaitu 31 pelajar wanita dan seorang pelajar lelaki UiTM Arau; seorang pelajar wanita Politeknik Jitra, Kedah; seorang pelajar Politeknik Kangar, Perlis serta seorang lelaki penumpang awam. Sementara itu, seorang mangsa yang cedera, Aliza Fazni, 19, berkata dia terjaga daripada tidur selepas dia terhempas ke kerusi menyebabkan tangan kanannya terseliuh. "Apabila terjaga, saya dapati bas nyaris terbalik dan penumpang sedang keluar daripada bas. Dalam keadaan terpinga-pinga, saya keluar dan ketika itu baru nampak keadaan bas terbabas dan hampir terbalik," katanya yang juga pelajar UiTM Arau. SOURCE-Berita harian, 18 Januari 2011

lebih 100 jawatan baru -18 Januari Update Spa jawatan Kosong..


So,.this advertise for Sarawak Only...

Kepada warga sarawak..SPA Sarawak sekarang mengiklankan jawatan kosong dengan permohonan secara online je. So, kepada warga serawak...kalau berminat boleh moho, xberminat bagitahu yang berminat..lebih 100 jawatan di iklankan dan ntah berapa kekosongan setiap jawatan pon aku tak taw....semoga berjaya.

register dulu, baru dapat mohon. XD


CLICK HERE DIRECT YOU TO SPA SARAWAK CAREER ONLINE

Monday, January 17, 2011

Mayat pramugari MAS dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR: Mayat pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Chin Swee Len, yang ditemui di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam, akan dibawa pulang ke tanah air esok dengan pesawat MAS. Jurucakap Wisma Putra berkata, mayat mendiang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7 pagi Rabu. "Kami tidak boleh memberikan sebarang komen lain buat masa ini bagi menghormati permintaan keluarga mangsa yang tidak mahu diganggu pihak media," katanya. Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, pula berkata polis negara itu menyerahkan mayat Chin, 34, kepada suami mendiang dan abangnya untuk dibawa pulang setelah siasatan kes itu selesai. Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tidak ada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa. "Punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi. Ia adalah satu kes yang jelas, namun polis Amsterdam tidak menyatakan sama ada ia kes bunuh diri atau suatu kemalangan. "Justeru, kematian mangsa tidak ada pembabitan pihak lain serta tidak wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada polis Amsterdam berhubung kes berkenaan dan bersedia membantu pihak berkuasa negara itu jika diminta. Dalam kejadian Jumaat lalu, Chin yang berasal dari Taman Oakland, Seremban, ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam oleh pelanggan hotel pada 9 pagi. Mangsa sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan MH17 pada hari dia ditemui mati. Source - BERNAMA, Berita Harian,17/1/11
 
Search Public Records - FREE Preview Search.