Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.
Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.
Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam.
Tuesday, January 18, 2011
35 PELAJAR CEDERA-BAS TERBABAS MASUK LONGKANG
Seramai 35 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau termasuk dua pelajar politeknik cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 334.1, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 4.15 pagi ketika bas yang membawa pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke Arau, Perlis selepas menghadiri Program Usahawan Pintar 'Majlis Sinaran 2011' anjuran Koperasi Shamelin Bhd di Dewan MCA Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata enam pelajar cedera yang memerlukan rawatan susulan, manakala 29 yang lain hanya calar di tangan.
Katanya, semua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Tapah (HT).
“Bas yang disewa khas oleh penuntut terbabit menggunakan dua pemandu bas dan hasil pemeriksaan pemandunya memiliki lesen memandu sah. Kejadian itu tidak membabitkan kenderaan lain dan polis masih menyiasat punca kejadian.
“Rombongan berkenaan difahamkan adalah anjuran penuntut dan tidak ada kena mengena dengan pihak UiTM," katanya di sini, semalam.
Roslan berkata, bas itu membawa 35 penumpang iaitu 31 pelajar wanita dan seorang pelajar lelaki UiTM Arau; seorang pelajar wanita Politeknik Jitra, Kedah; seorang pelajar Politeknik Kangar, Perlis serta seorang lelaki penumpang awam.
Sementara itu, seorang mangsa yang cedera, Aliza Fazni, 19, berkata dia terjaga daripada tidur selepas dia terhempas ke kerusi menyebabkan tangan kanannya terseliuh.
"Apabila terjaga, saya dapati bas nyaris terbalik dan penumpang sedang keluar daripada bas. Dalam keadaan terpinga-pinga, saya keluar dan ketika itu baru nampak keadaan bas terbabas dan hampir terbalik," katanya yang juga pelajar UiTM Arau.
SOURCE-Berita harian, 18 Januari 2011
lebih 100 jawatan baru -18 Januari Update Spa jawatan Kosong..
So,.this advertise for Sarawak Only...
Kepada warga sarawak..SPA Sarawak sekarang mengiklankan jawatan kosong dengan permohonan secara online je. So, kepada warga serawak...kalau berminat boleh moho, xberminat bagitahu yang berminat..lebih 100 jawatan di iklankan dan ntah berapa kekosongan setiap jawatan pon aku tak taw....semoga berjaya.
register dulu, baru dapat mohon. XD
CLICK HERE DIRECT YOU TO SPA SARAWAK CAREER ONLINE
Monday, January 17, 2011
Mayat pramugari MAS dibawa pulang esok
KUALA LUMPUR: Mayat pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Chin Swee Len, yang ditemui di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam, akan dibawa pulang ke tanah air esok dengan pesawat MAS.
Jurucakap Wisma Putra berkata, mayat mendiang dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7 pagi Rabu.
"Kami tidak boleh memberikan sebarang komen lain buat masa ini bagi menghormati permintaan keluarga mangsa yang tidak mahu diganggu pihak media," katanya.
Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, pula berkata polis negara itu menyerahkan mayat Chin, 34, kepada suami mendiang dan abangnya untuk dibawa pulang setelah siasatan kes itu selesai.
Beliau berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan tidak ada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa.
"Punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi. Ia adalah satu kes yang jelas, namun polis Amsterdam tidak menyatakan sama ada ia kes bunuh diri atau suatu kemalangan.
"Justeru, kematian mangsa tidak ada pembabitan pihak lain serta tidak wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada polis Amsterdam berhubung kes berkenaan dan bersedia membantu pihak berkuasa negara itu jika diminta.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Chin yang berasal dari Taman Oakland, Seremban, ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam oleh pelanggan hotel pada 9 pagi.
Mangsa sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan MH17 pada hari dia ditemui mati.
Source - BERNAMA, Berita Harian,17/1/11
Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat
“Bicara kali ini tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.
Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa
Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.
T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.
Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.
Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan
Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,
Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
dihumban ke neraka cukup malang.
Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.
SOURCE-April 17, 2008 by nuraiman
Subscribe to:
Posts (Atom)
